#SYkerongsangsulam, #SYkupu2, #SYsinarteratai, embroidered brooch, Kerongsang Besar, Kerongsang Kecil, kerongsang sulam swarovski

Kupu-Kupu dan Teratai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Post pertama untuk tahun 2016, kami mulakan dengan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. Semoga kalian sudah menempa azam baru yang akan mencipta kejayaan demi kejayaan untuk tahun ini. Kami di StorYah juga mengharapkan sepanjang 2016 ini kilauan kerongsang sulam kami akan sentiasa mengiringi anda, bukan sekadar pelengkap gaya, malah pelengkap kejayaan anda dengan kilauan Kristal Swarovski asli dan sulaman kukuh.
Untuk peminat-peminat tegar dan juga pemerhati sekelian, anda pasti tertunggu siri produk kami yang baru. Kali ini kami menyajikan dua produk kerongsang iaitu: kerongsang kupu-kupu kristal dan kerongsang sinar teratai.
Kerongsang Sulam Kupu-Kupu Kristal

Untuk permulaan tahun ini, 5 (kombinasi) warna telah ditambah kepada senarai kerongsang kupu-kupu kristal sedia ada. Paling menarik adalah kehadiran warna white AB yang sememangnya sesuai dikenakan dengan semua warna pakaian dan jenis kain.


Kombinasi warna-warna lain yang ditampilkan adalah silver shade dengan light siam, violet dengan rose dan yang terbaru moss green dengan luminous green (kami gelarkan ia LumG). Anda boleh lihat warna-warna tersebut di capaian ini (klik di sini). Harga yang ditawarkan adalah RM 15.50 sahaja seunit.

Kerongsang Sulam Sinar Teratai

Seputar kisah kupu-kupu, tidak ketinggalan siri kerongsang besar kami iaitu Sinar Teratai. Sudah semestinya apabila sudah ada si kupu-kupu, teratai mula menyinar… Sebelum ini kami telah bawakan Kerongsang Sulam Sinar Teratai berwarna ungu. Kali ini diperkenalkan pula dengan warna cerah iaitu white AB, turquoise dan rose peach. Jika warna ungu sesuai untuk pakaian berwarna cerah, kerongsang sinar teratai dengan kombinasi warna baru ini lebih sesuai dengan bermacam-macam warna pakaian. 


Lihatlah sendiri rekaan unggul dengan kilauan Kristal Swarovski asli yang dihiasi warna-warna lembut dan merah garang di tengah-tengahnya. Dengan saiz sebesar ini, cukup untuk memantulkan kilauan cahaya disekelilingnya. Ramai sudah teruja dengan penampilan dengan Kerongsang Sulam Sinar Teratai. Pastikan 2016 ini anda miliki segera kupu-kupu dan teratai.
Dapatkan mereka dengan menghubungi Pengurus Pemasaran & Jualan StorYah; Cik Rahmah (+6011-1567-3645) secara mesej teks atau whatsapp. Juga boleh dihubungi melalui laman facebook rasmi kami: facebook Anjung.Kristal.

Salam Hormat,
Admin StorYah


#SYkerongsangsulam, embroidered brooch, kerongsang sulam swarovski, pemborong

Lihat dan Cuba Sendiri Kerongsang Sulam StorYah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Barangkali menatap gambar dan mengalami sendiri sesuatu perkara memberikan maklumat yang agak berbeza. Ramai pelanggan StorYah telah memberikan komen-komen positif sebaik sahaja menerima produk-produk yang mereka beli, umpamanya “…dalam gambar cantik, tapi tengok sendiri lagi cantik…!”. Alhamdulillah, macam-macam komen yang menarik. (klik untuk ke Testimoni Pelanggan).

Oleh itu, pihak StorYah amat berbesar hati berkongsi senarai pemborong-pemborong yang sungguh setia dengan kami supaya anda boleh melihat dan mencuba sendiri produk-produk khususnya kerongsang sulam. Anda boleh menghubungi pemborong terdekat dengan lokasi anda. Mereka cukup berpengalaman dengan produk StorYah dalam membantu anda memilih pelbagai jenis, design dan warna kerongsang. Senarai ini juga kami update dalam pautan Senarai Ejen.

1. Siti Fazarah – Dengkil & Putrajaya
2. Faridah Ujang – Sg Udang, Melaka
3. Nik Anis – Tumpat, Kelantan
4. Zuria binti Bakeri – Bukit Aman, KL
5. Norshahida Abdul Latip – Ampang, KL
6. Farahaizat binti Ab. Rahim – Tanjung Karang, Selangor
7. Siti Aisah Shariff – Shah Alam, Selangor
8. Fazidah – Seremban, N9
9. Shazwani Mohamad – Kota Tinggi, Johor
10. Maszalin Mat Som – Kota Samarahan, Sarawak
11. Nasriyah bt Ahmad – Hulu Langat, Selangor
12. Azlin – Johor Bahru
13. Noraisah binti Noh – Tampin
14. Satirah Scarf – Seremban, N9

Mahu sertai pasukan kami?Hubungi Pengurus Jualan Storyah hari ini.

Salam hormat,
Admin
Blog StorYah