




kerongsang, sulam, brooch, handmade, Swarovski, crystal, embroidery, kristal,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Barangkali menatap gambar dan mengalami sendiri sesuatu perkara memberikan maklumat yang agak berbeza. Ramai pelanggan StorYah telah memberikan komen-komen positif sebaik sahaja menerima produk-produk yang mereka beli, umpamanya “…dalam gambar cantik, tapi tengok sendiri lagi cantik…!”. Alhamdulillah, macam-macam komen yang menarik. (klik untuk ke Testimoni Pelanggan).
Oleh itu, pihak StorYah amat berbesar hati berkongsi senarai pemborong-pemborong yang sungguh setia dengan kami supaya anda boleh melihat dan mencuba sendiri produk-produk khususnya kerongsang sulam. Anda boleh menghubungi pemborong terdekat dengan lokasi anda. Mereka cukup berpengalaman dengan produk StorYah dalam membantu anda memilih pelbagai jenis, design dan warna kerongsang. Senarai ini juga kami update dalam pautan Senarai Ejen.
Salam hormat,
Admin
Blog StorYah
Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2015,
Post untuk awal tahun 2015 adalah sebuah video pendek “menceritakan” kilauan dan pantulan kristal Swarovski (klik pautan di sini). Momentum dari itu, kita cerita pula secara ringkas kegunaan loket (pendant) jenama Swarovski.
Umum mengetahui loket biasanya menghiasi rantai leher. Bagi mereka yang bertudung, loket pada rantai leher biasanya tersorok di balik tudung. Namun, loket yang sama boleh diletakkan sebagai jurai pada kerongsang seperti salah satu produk popular StorYah iaitu kerongsang Bunga Insyirah Jurai Hati (gambar di atas). Maka, wanita bertudung juga boleh tampak anggun bergaya dengan pemakaian loket pada kerongsang.
Admin juga hendak kongsikan beberepa jenis loket Swarovski yang sering StorYah jadikan jurai pada kerongsang sulam mereka. Antaranya adalah: baroque, heart, flower, helix, pear (6101), rhombus, starfish dan urban seperti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar di bawah.
Kepada wanita dan gadis bertudung yang cantik rupawan, boleh lah pula cuba kerongsang dengan pelbagai bentuk jurai loket dengan berbagai pilihan warna dan saiz. Gaya anda akan lebih lengkap dengan kerongsang-kerongsang berjurai StorYah.
Salam hormat dan selamat mencuba kerongsang berjurai…!
Admin
StorYah