#SYkerongsangsulam, #SYkupu2, #SYsinarteratai, embroidered brooch, Kerongsang Besar, Kerongsang Kecil, kerongsang sulam swarovski

Kupu-Kupu dan Teratai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Post pertama untuk tahun 2016, kami mulakan dengan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. Semoga kalian sudah menempa azam baru yang akan mencipta kejayaan demi kejayaan untuk tahun ini. Kami di StorYah juga mengharapkan sepanjang 2016 ini kilauan kerongsang sulam kami akan sentiasa mengiringi anda, bukan sekadar pelengkap gaya, malah pelengkap kejayaan anda dengan kilauan Kristal Swarovski asli dan sulaman kukuh.
Untuk peminat-peminat tegar dan juga pemerhati sekelian, anda pasti tertunggu siri produk kami yang baru. Kali ini kami menyajikan dua produk kerongsang iaitu: kerongsang kupu-kupu kristal dan kerongsang sinar teratai.
Kerongsang Sulam Kupu-Kupu Kristal

Untuk permulaan tahun ini, 5 (kombinasi) warna telah ditambah kepada senarai kerongsang kupu-kupu kristal sedia ada. Paling menarik adalah kehadiran warna white AB yang sememangnya sesuai dikenakan dengan semua warna pakaian dan jenis kain.


Kombinasi warna-warna lain yang ditampilkan adalah silver shade dengan light siam, violet dengan rose dan yang terbaru moss green dengan luminous green (kami gelarkan ia LumG). Anda boleh lihat warna-warna tersebut di capaian ini (klik di sini). Harga yang ditawarkan adalah RM 15.50 sahaja seunit.

Kerongsang Sulam Sinar Teratai

Seputar kisah kupu-kupu, tidak ketinggalan siri kerongsang besar kami iaitu Sinar Teratai. Sudah semestinya apabila sudah ada si kupu-kupu, teratai mula menyinar… Sebelum ini kami telah bawakan Kerongsang Sulam Sinar Teratai berwarna ungu. Kali ini diperkenalkan pula dengan warna cerah iaitu white AB, turquoise dan rose peach. Jika warna ungu sesuai untuk pakaian berwarna cerah, kerongsang sinar teratai dengan kombinasi warna baru ini lebih sesuai dengan bermacam-macam warna pakaian. 


Lihatlah sendiri rekaan unggul dengan kilauan Kristal Swarovski asli yang dihiasi warna-warna lembut dan merah garang di tengah-tengahnya. Dengan saiz sebesar ini, cukup untuk memantulkan kilauan cahaya disekelilingnya. Ramai sudah teruja dengan penampilan dengan Kerongsang Sulam Sinar Teratai. Pastikan 2016 ini anda miliki segera kupu-kupu dan teratai.
Dapatkan mereka dengan menghubungi Pengurus Pemasaran & Jualan StorYah; Cik Rahmah (+6011-1567-3645) secara mesej teks atau whatsapp. Juga boleh dihubungi melalui laman facebook rasmi kami: facebook Anjung.Kristal.

Salam Hormat,
Admin StorYah


#SYAzalea, brooch, brooch besar, embroidered brooch, Kerongsang, Kerongsang Besar, kerongsang sulam swarovski

Kerongsang Azalea dengan Pelbagai Warna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Baru-baru ini StorYah telah designkan satu lagi kerongsang besar (klik sini). Warna yang dipostkan itu adalah warna Amethyst dan Virtual Medium (VM). Kali ini admin sempat snap beberapa lagi kerongsang baru tersebut sekali dengan warnanya. Untuk pengetahuan anda, nama keronsang ini ialah Kerongsang Sulam Azalea. Cantik dan bersinar-sinar… Macam kerongsang-kerongsang sulam StorYah yang lain juga. Di post ini, ada 7 lagi warna untuk dikongsikan. Mari kita tengok yang mana anda berkenan.

Salam mesra,
Admin StorYah
#hanyadistoryah
#pelengkapgayaanda

 Warna: White AB & Blue Zircon

Warna: White AB & Light Siam
 Warna: White AB & Astral Pink
 Warna: White AB &Light Topaz
 Warna: White AB
  
Warna: White AB &Silver Night
  
Warna: White AB & Bermuda Blue (BB)

brooch, embroidered brooch, Kerongsang, Kerongsang Besar, kerongsang sulam swarovski, Kerongsang Swarovski, Swarovski brooch

Cahaya Hati yang sentiasa menyinar

Salam sejahtera buat peminat kerongsang sulam StorYah,
Mari cuci mata lagi! Tak lama dulu terdapat beberapa set kerongsang sulam Cahaya Hati dengan pelbagai warna. Design kerongsang ini tetap evergreen… Masih banyak permintaan dan pasti anda juga tidak ketinggalan ingin untuk memilikinya. Nak nampak unik lagi, anda boleh pilih kombinasi pelbagai warna mengikut kegemaran anda. Tiada halangan, insyaAllah. Dapatkan maklumat lanjut daripada wakil kami:

SITI RAHMAH MOKHTARUDDIN
(Pengurus Pemasaran dan Jualan)
+6-0111-5673645 (sms/whatsapp/call)
Facebook: StorYah

Salam hormat,
StorYah

embroidered brooch, Kerongsang, Kerongsang Besar, Kerongsang Eksklusif, kerongsang sulam swarovski, Kerongsang Swarovski, Kristal Swarovski

Kerongsang Sulam Sinar Teratai

Assalamualaikum w.b.t.

Post kali ini menampilkan beberapa foto kerongsang sulam Sinar Teratai berwarna ungu. Walaupun besar tapi laris. Ini hanya baki produk, masih  kekal bersinar  dan sempat snap beberapa keping untuk tatapan kalian. Tapi usah hampa… masih boleh ditempah untuk dijadikan koleksi. Hanya hubungi wakil kami:

SITI RAHMAH MOKHTARUDDIN (Pengurus Jualan)

  • 0111-5673645 (sms/whatsapp/call)
  • Facebook: StorYah

Semoga ceria selalu…