Blog

#SYkerongsangsulam, #SYkupu2, #SYsinarteratai, embroidered brooch, Kerongsang Besar, Kerongsang Kecil, kerongsang sulam swarovski

Kupu-Kupu dan Teratai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Post pertama untuk tahun 2016, kami mulakan dengan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. Semoga kalian sudah menempa azam baru yang akan mencipta kejayaan demi kejayaan untuk tahun ini. Kami di StorYah juga mengharapkan sepanjang 2016 ini kilauan kerongsang sulam kami akan sentiasa mengiringi anda, bukan sekadar pelengkap gaya, malah pelengkap kejayaan anda dengan kilauan Kristal Swarovski asli dan sulaman kukuh.

Untuk peminat-peminat tegar dan juga pemerhati sekelian, anda pasti tertunggu siri produk kami yang baru. Kali ini kami menyajikan dua produk kerongsang iaitu: kerongsang kupu-kupu kristal dan kerongsang sinar teratai.

Kerongsang Sulam Kupu-Kupu Kristal

Untuk permulaan tahun ini, 5 (kombinasi) warna telah ditambah kepada senarai kerongsang kupu-kupu kristal sedia ada. Paling menarik adalah kehadiran warna white AB yang sememangnya sesuai dikenakan dengan semua warna pakaian dan jenis kain.


Kombinasi warna-warna lain yang ditampilkan adalah silver shade dengan light siam, violet dengan rose dan yang terbaru moss green dengan luminous green (kami gelarkan ia LumG). Anda boleh lihat warna-warna tersebut di capaian ini (klik di sini). Harga yang ditawarkan adalah RM 15.50 sahaja seunit.

Kerongsang Sulam Sinar Teratai

Seputar kisah kupu-kupu, tidak ketinggalan siri kerongsang besar kami iaitu Sinar Teratai. Sudah semestinya apabila sudah ada si kupu-kupu, teratai mula menyinar… Sebelum ini kami telah bawakan Kerongsang Sulam Sinar Teratai berwarna ungu. Kali ini diperkenalkan pula dengan warna cerah iaitu white AB, turquoise dan rose peach. Jika warna ungu sesuai untuk pakaian berwarna cerah, kerongsang sinar teratai dengan kombinasi warna baru ini lebih sesuai dengan bermacam-macam warna pakaian. 


Lihatlah sendiri rekaan unggul dengan kilauan Kristal Swarovski asli yang dihiasi warna-warna lembut dan merah garang di tengah-tengahnya. Dengan saiz sebesar ini, cukup untuk memantulkan kilauan cahaya disekelilingnya. Ramai sudah teruja dengan penampilan dengan Kerongsang Sulam Sinar Teratai. Pastikan 2016 ini anda miliki segera kupu-kupu dan teratai.
Dapatkan mereka dengan menghubungi Pengurus Pemasaran & Jualan StorYah; Cik Rahmah (+6011-1567-3645) secara mesej teks atau whatsapp. Juga boleh dihubungi melalui laman facebook rasmi kami: facebook Anjung.Kristal.

Salam Hormat,
Admin StorYah


Kotak Hadiah, pemborong, pin shawl

Pin Shawl Adelia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bicara tentang kotak pada 7 Mac lepas (pautan) bersambung di sini. Terima kasih kepada yang setia tidak jemu menjenguk catatan kami, walau berjarak masa lebih sepurnama, malah melangkau gerhana malam semalam, masyaAllah. 


Pin dalam Kotak 1


Jawapan apa ada dalam kotak itu ialah Pin Shawl Adelia. Dihidangkan pilihan warna yang hampir pasti menepati citarasa anda dengan harga yang cukup menawan. Sekotak berisi 10 batang pin bertanda harga RM40 sahaja dengan warna mengikut pilihan hati sendiri. Maka, sebatang pin berharga hanya RM4.00. Sungguh murah! 
Pin dalam Kotak 2 

Tunggu sebentar, masih ada misteri perlu dibongkar. StorYah bermurah hati MENURUNKAN HARGA kepada serendah RM3.20 sebatang, dengan hanya berbelanja sebanyak 6 kotak. Kini anda JIMAT 20%. Jika anda di Semenanjung, 6 kotak tadi cuma berharga RM192. Tak percaya? Ini bukan main-main, memang kami tawarkan set ini pada HARGA BORONG, termasuk kos penghantaran.

Pin dalam Kotak 3

Ada lagi misteri? Anda tidak perlu tanggung harga kotak, sebab sekali lagi StorYah bermurah hati menyerap harga 6 unit kotak ini setiap kali anda berbelanja sekurang-kurangnya 6 kotak pin terus dengan StorYah pada harga diskaun YANG SAMA. 
Jangan lupa pilih warna-warna pilihan anda. Atau anda boleh benarkan StorYah cadangkan anda kesemua warna yang ada dalam kotak 1, kotak 2 dan kotak 3. Lebih mudah bukan…?

Salam hormat dan salam ceria,
Admin Blog StorYah