Blog

Uncategorized

Milah dan Munah | Episod 3

Okey, ini episod baru Kisah Milah dan Munah. Selamat membaca!

Milah dan Munah | Episod 3
—–

“Minta maaflah, akak terpaksa cuti semalam. Anak akak tak sihat.”

Mendadak, Munah yang baru sahaja mengadap karipap angin yang dibeli di gerai penjaja di hadapan pejabat itu mengangkat pandang. Berkelip-kelip dia memandang wanita yang baru menyapanya tadi.

“Hei Munah, kenapa dengan kamu ni?”

Barulah Munah menyahut, “Kak Milah! Penat saya cari akak semalam.”

Milah tersenyum simpul, menyimpan ketawa yang tidak sanggup nak diluahkan demi melihat wajah Munah yang berkerut seribu.

Cepat-cepat Munah menyambung, takut Milah menghilang lagi.

“Akak, saya dapat emel semalam. Promosi T.R.I.P.L.E 12 yang akak cakap hari tu dah mula. Panik saya bila tengok akak tak ada. Si Karim tu pun sama, bukan nak bagitau akak cuti.”

Milah menggeleng, “Kamu ni pun. Dah kenapa nak salahkan Karim?”

“Dah, dia selalu borak-borak dengan akak. Takkan dia tak tahu akak tak ada semalam? Penat saya ke sana ke mari cari akak, dia boleh biarkan saja.”

Mengangkat sebelah kening lalu bercekak pinggang, Milah bertanya sebaris, “Sebelum pusing ke sana sini tu, kamu ada tanya dia?”

Tersipu-sipu, Munah menundukkan mata. Perlahan, dia menggeleng sambil menutup separuh muka dengan selendang yang baru dibeli melalui Shopee minggu lepas.

“Dah, tak payah nak buang masa. Kamu dah pilih nak yang mana? Boleh order lagi ni.”

“Sempat lagi ya? Oh, sekejap kak. Saya tengok emel. Belum pilih lagi.”

Munah mengalih perhatian ke skrin komputer. Diperhatikan, ada emel baru masuk.

“Akak, Storyah hantar emel lagi. Ha, dia cakap hari ni hari akhir promosi. Esok harga dah kembali macam biasa.”

Mengangguk, Milah membalas tegas, “Tahu, sebab tu akak suruh kamu bagi order.”

Sedang mereka memilih, muncul pula Karim yang baru keluar dari tandas sambil bersiul riang. Peluang yang jarang datang, tak harus dilepaskan. Laju sahaja Karim mendekat dan menegur.

“Sibuk apa pagi-pagi ni?”

Malas melayan, Munah sekali lagi menggunakan taktik ayat klisenya, “Ini hal perempuan, kau tak payah menyibuk.”

Tetapi, hasrat Munah terbatal apabila Milah membalas, “Kami tengah pilih kerongsang lawa ni. Kau nak juga tak? Hari tu kata nak cari hadiah untuk emak.”

Mencerlang mata Karim. Dia boleh duduk dekat-dekat dengan Munah!

Tetapi….

Pufff, awan angan-angan yang baru hendak membesar langsung bocor apabila Milah menambah, “Akak dah hantar katalog ke Whatsapp. Kau pilihlah. Cepat tau. Nak kena order dan bayar hari ini juga.”

Soal Karim kemudiannya, berusaha keras menyembunyikan nada kecewa, “Ada kotak sekali ke, kak?”

Laju Milah mengangguk.

“Nanti bagitahu sekali nak makan apa tengah hari nanti.
Akak orderkan.”

“Baik, kak.” Munah dan Karim menjawab serentak.

—–
Panjang sikit episod hari ni. Doakan admin kita ada banyak idea untuk terus menulis cerita ini. Mari, kita sokong kempen #MalaysiaMembaca. Semoga terhibur!

Pejabat awak ada #teamKakMilah atau #gengMunah? Ada tak yang sudi #sokongKarim?

Uncategorized

Ahli SYAD baru

Alhamdulillah, hari ni seorang lagi wanita hebat dari Bangi akan menyertai team SYAD (Storyah Appointed Distributor).

Saban tahun, dia beli banyak set khususnya untuk hadiah raya kepada keluarga dan guru anak-anak.

Semalam, kami cadangkan dia mendaftar sebagai ejen Storyah apabila dia mahu beli 10 SET keluaga Ixora ni. Jimat banyak.

Untung. Senyum dapat, duit pun jimat.

Lagi, apabila #storyahlover lain beli melaluinya, dia juga dapat komisyen 20% daripada harga jual.

Seronok kan?

Oh, lupa. Set Mac ini harganya RM60.00 sahaja. Ada 2 kerongsang untuk pin tudug kemas-kemas atas bahu dan 1 kerongsang kecil untuk pin bawah dagu.

Tak ada caj pos, jika anda tempah dari hari ini sehingga 30 Mac 2019.

Jika DI LUAR tempoh ini, sediakan sahaja tambahan RM8.00 hingga RM11.00 untuk kos penghantaran. Tak susah.

Tak mahu tambah bajet? Roger Cik Rahmah di talian 6011-15673645 sekarang.

#hanyadistoryah
#pelengkapgayaanda

Uncategorized

Cari Set Hadiah Untuk Wanita?

Pening kepala fikir nak beri apa untuk yang tersayang? Yang lelaki, tak tahu nak pilih barang apa sebagai hadiah? Menantu pula, habis idea nak bagi hadiah kepada mak mertua?

Biasanya, ini hadiah yang dibeli untuk wanita :

Bunga – Ya, wanita dan bunga sangat sukar dipisahkan. Namun, nak jaga bunga kena rajin dan kita pun tahu bunga yang sudah dipetik mudah layu dan tak tahan lama.

Kereta – Wow, ini untuk yang berpoket tebal dan dalam bank ada duit berkoyan-koyan.

Beg tangan – Satu lagi perkara sinonim dengan perempuan. Pastikan mereka suka design beg tu, atau lebih senang, suruh sahaja pilih sendiri.

Coklat – Sedap! Nak pula kalau hadiahnya Belgian Chocolate. Fuh, puas hati!

Kerongsang – Eh, ini pun boleh buat hadiah? Mestilah boleh. Nak kerongsang lawa dan tahan lama, boleh dapatkan Kerongsang Sulam Tangan daripada Storyah Resources. Istimewa, semuanya guna kristal Swarovski.
.

Alang-alang dah sebut, mari kita bercakap panjang lagi pasal set hadiah kerongsang Storyah ni. Apa yang istimewanya?

1. Swarovski – Sekali lagi, setiap kerongsang disulam menggunakan kristal Swarovski. Kristal ini didatangkan khas dari Austria dan terkenal dengan potongannya yang bagai berlian. Cantik, kilauannya memukau dan mempesona.

2. Sulam tangan – Ya, setiap butir kristal disulam menggunakan tali tangsi. Tiada gam digunakan dalam proses penghasilan setiap kerongsang.

3. Tahan lama – Sudah diikat kuat dan kemas, kristal tidak mudah terjatuh. Tiada lagi situasi kerongsang rompong, maka senyuman kesayangan anda akan lebih berseri-seri!

4. Pelengkap gaya – Ya, Storyah Pelengkap Gaya Anda. Kerongsang adalah salah satu aksesori yang berperanan menambah karisma penampilan.

Bukan anda sahaja, ramai yang suka memilih produk Storyah untuk dijadikan hadiah. Maklumlah, ada banyak acara nak disambut. Boleh jadi Hadiah Harijadi, Hari Guru, Hari Raya, hadiah untuk persaraan, perkahwinan, mahu pun hadiah kasih sayang sebagai tanda ingatan.

Di sini, kami paparkan beberapa sampel untuk rujukan anda.

Jadi, tak perlu susah hati lagi, terus sahaja hubungi Pengurus Jualan kami di talian 011-15673645 (Whatsapp) atau boleh berhubung juga dengan mana-mana ejen sah (SYAD) kami untuk info lanjut.
.
.
#jomtempah #kerongsangcantik #storyahlover #kerongsangmelatikota #kerongsangixora
#adorablyaffordable #kerongsangsulamswarovski #kerongsangsulam #tempahanpelanggan #gift #hadiah #awesomecustomer #kerongsangstoryah #Swarovski #broochstoryah #kerongsangswarovski #broochsulam #hanyadistoryah #pelengkapgayaanda

Uncategorized

Milah dan Munah | Episod 2

“Kak Milah, ooo Kak Milah!”

Sibuk betul Munah pagi itu. Sejak sampai, dia tak berhenti ke sana ke sini. Mulutnya tak berhenti memanggil nama Kak Milah, bagai orang disampuk rindu. Tidak hilang selagi tak bertemu.

“Dah kenapa kau ni? Asyik sebut nama Kak Milah?”

Karim yang tak puas hati, menegur. Ada baiknya jika Munah yang cantik panggil nama dia. Tetapi, yang diharap tak kunjung tiba. Kak Milah juga yang Munah cari.

“Hal perempuan, kau tak payah nak sibuk.”

Idea klise begitu selalu berjaya untuk membuat Karim menjauhkan diri dengan bibir yang sengaja dijuihkan. Namun, Munah persis selalu. Mengabaikan Karim yang sentiasa dipandang sebelah mata.

Berselang 30 minit, muka Karim berubah ceria. Munah muncul depan mata!

Tetapi, dia mencuka semula apabila mendengar soalan Munah.

“Kenapa kau tak beritahu Kak Milah cuti hari ni?”

#MilahdanMunah #Episod2 #teamKakMilah

Uncategorized

Milah dan Munah| Episod 1

Letih menghadap emel kerja? Mari kami bawakan kisah santai untuk bacaan ringan cikpuan. Sempena menyahut sokongan kempen #MalaysiaMembaca, ini sumbangan kecil daripada kami di Storyah. Insya-Allah. Semoga terhibur!

——-

Milah dan Munah | Episod 1

Di sebuah pejabat yang suasananya suam-suam suku. Seorang perempuan cantik bernama Munah yang sedang duduk di mejanya didatangi sang posmen berwajah ceria.

“Hai kak. Ada bungkusan untuk Milah binti Selamat.”

Munah tersenyum nipis. ‘Apa lagilah yang Kak Milah ni beli? Ada saja parcel yang sampai.’

Selepas turunkan tandatangan, dia pin membelek-belek bungkusan. Tak lama, dia bangun dari meja dan berjalan laju ke meja Milah binti Selamat.

“Kak Milah, ada parcel sampai tadi. Pengirim dia nama Storyah. Akak beli apa?”

“Oh, Storyah. Kerongsang sulam. Batu Swarovski. Kau ni Munah. Kan akak ajak kau order sekali hari tu. Kau yang tak nak.”

Munah mencebik, sebelum sibuk-sibuk menyendeng waktu Kak Milah buka bungkusan.

“Berapa banyak akak beli ni? Berkotak-kotak saya nampak. Cepatlah buka, kak. Dari tadi tak siap-siap, dahsyat sangat balutannya ni.”

Kak Milah ketawa.

“Aku beli enam biji. Kan ada enam kotak tu. Eloklah pun. Kalau tak bungkus baik-baik, nanti kau yang bising. Dapat kotak kemeklah, apalah.”

Munah mengangguk-angguk. ‘Iyalah, aku juga yang kena balik.’

“Wah, cantiknya!” Nyaring suara Munah sebaik sahaja Kak Milah membuka salah satu penutup kotak cincin yang baru sampai itu.

Kak Milah tersenyum bangga. Tak tunggu lama, dia capai sebiji kerongsang merah jambu itu dan sematkan di atas bahu.

“Amboi kak. Lebarnya senyum. Tahulah ada pin lawa atas bahu.” Komen Munah dengan nada jaki.

“Mestilah, tak susah pun nak gembira.”

Tak puas hati, Munah belek-belek lagi barang di atas meja Kak Milah itu.

“Keras juga kotak ni, kak. Kalau macam ni, bercampur-campur dalam beg pun tak apa.”

Makin lebar sengih Kak Milah. Tak mahu menanti, Munah menyambung lagi, “Lepas ni saya nak order sekali ya, kak. Jangan lupakan saya tau. Nak pakai kerongsang cantik-cantik juga.”

“Iyalah. Minggu depan, ada sales Triple 12. Kau jangan tak jadi pula.”

 

#teamKakMilah #gengMunah #MilahdanMunah #hanyadistoryah #pelengkapgayaanda