Uncategorized

Milah dan Munah | Episod 3

Okey, ini episod baru Kisah Milah dan Munah. Selamat membaca!

Milah dan Munah | Episod 3
—–

“Minta maaflah, akak terpaksa cuti semalam. Anak akak tak sihat.”

Mendadak, Munah yang baru sahaja mengadap karipap angin yang dibeli di gerai penjaja di hadapan pejabat itu mengangkat pandang. Berkelip-kelip dia memandang wanita yang baru menyapanya tadi.

“Hei Munah, kenapa dengan kamu ni?”

Barulah Munah menyahut, “Kak Milah! Penat saya cari akak semalam.”

Milah tersenyum simpul, menyimpan ketawa yang tidak sanggup nak diluahkan demi melihat wajah Munah yang berkerut seribu.

Cepat-cepat Munah menyambung, takut Milah menghilang lagi.

“Akak, saya dapat emel semalam. Promosi T.R.I.P.L.E 12 yang akak cakap hari tu dah mula. Panik saya bila tengok akak tak ada. Si Karim tu pun sama, bukan nak bagitau akak cuti.”

Milah menggeleng, “Kamu ni pun. Dah kenapa nak salahkan Karim?”

“Dah, dia selalu borak-borak dengan akak. Takkan dia tak tahu akak tak ada semalam? Penat saya ke sana ke mari cari akak, dia boleh biarkan saja.”

Mengangkat sebelah kening lalu bercekak pinggang, Milah bertanya sebaris, “Sebelum pusing ke sana sini tu, kamu ada tanya dia?”

Tersipu-sipu, Munah menundukkan mata. Perlahan, dia menggeleng sambil menutup separuh muka dengan selendang yang baru dibeli melalui Shopee minggu lepas.

“Dah, tak payah nak buang masa. Kamu dah pilih nak yang mana? Boleh order lagi ni.”

“Sempat lagi ya? Oh, sekejap kak. Saya tengok emel. Belum pilih lagi.”

Munah mengalih perhatian ke skrin komputer. Diperhatikan, ada emel baru masuk.

“Akak, Storyah hantar emel lagi. Ha, dia cakap hari ni hari akhir promosi. Esok harga dah kembali macam biasa.”

Mengangguk, Milah membalas tegas, “Tahu, sebab tu akak suruh kamu bagi order.”

Sedang mereka memilih, muncul pula Karim yang baru keluar dari tandas sambil bersiul riang. Peluang yang jarang datang, tak harus dilepaskan. Laju sahaja Karim mendekat dan menegur.

“Sibuk apa pagi-pagi ni?”

Malas melayan, Munah sekali lagi menggunakan taktik ayat klisenya, “Ini hal perempuan, kau tak payah menyibuk.”

Tetapi, hasrat Munah terbatal apabila Milah membalas, “Kami tengah pilih kerongsang lawa ni. Kau nak juga tak? Hari tu kata nak cari hadiah untuk emak.”

Mencerlang mata Karim. Dia boleh duduk dekat-dekat dengan Munah!

Tetapi….

Pufff, awan angan-angan yang baru hendak membesar langsung bocor apabila Milah menambah, “Akak dah hantar katalog ke Whatsapp. Kau pilihlah. Cepat tau. Nak kena order dan bayar hari ini juga.”

Soal Karim kemudiannya, berusaha keras menyembunyikan nada kecewa, “Ada kotak sekali ke, kak?”

Laju Milah mengangguk.

“Nanti bagitahu sekali nak makan apa tengah hari nanti.
Akak orderkan.”

“Baik, kak.” Munah dan Karim menjawab serentak.

—–
Panjang sikit episod hari ni. Doakan admin kita ada banyak idea untuk terus menulis cerita ini. Mari, kita sokong kempen #MalaysiaMembaca. Semoga terhibur!

Pejabat awak ada #teamKakMilah atau #gengMunah? Ada tak yang sudi #sokongKarim?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s