Uncategorized

Milah dan Munah | Episod 2

“Kak Milah, ooo Kak Milah!”

Sibuk betul Munah pagi itu. Sejak sampai, dia tak berhenti ke sana ke sini. Mulutnya tak berhenti memanggil nama Kak Milah, bagai orang disampuk rindu. Tidak hilang selagi tak bertemu.

“Dah kenapa kau ni? Asyik sebut nama Kak Milah?”

Karim yang tak puas hati, menegur. Ada baiknya jika Munah yang cantik panggil nama dia. Tetapi, yang diharap tak kunjung tiba. Kak Milah juga yang Munah cari.

“Hal perempuan, kau tak payah nak sibuk.”

Idea klise begitu selalu berjaya untuk membuat Karim menjauhkan diri dengan bibir yang sengaja dijuihkan. Namun, Munah persis selalu. Mengabaikan Karim yang sentiasa dipandang sebelah mata.

Berselang 30 minit, muka Karim berubah ceria. Munah muncul depan mata!

Tetapi, dia mencuka semula apabila mendengar soalan Munah.

“Kenapa kau tak beritahu Kak Milah cuti hari ni?”

#MilahdanMunah #Episod2 #teamKakMilah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s