Uncategorized

Milah dan Munah| Episod 1

Letih menghadap emel kerja? Mari kami bawakan kisah santai untuk bacaan ringan cikpuan. Sempena menyahut sokongan kempen #MalaysiaMembaca, ini sumbangan kecil daripada kami di Storyah. Insya-Allah. Semoga terhibur!

——-

Milah dan Munah | Episod 1

Di sebuah pejabat yang suasananya suam-suam suku. Seorang perempuan cantik bernama Munah yang sedang duduk di mejanya didatangi sang posmen berwajah ceria.

“Hai kak. Ada bungkusan untuk Milah binti Selamat.”

Munah tersenyum nipis. ‘Apa lagilah yang Kak Milah ni beli? Ada saja parcel yang sampai.’

Selepas turunkan tandatangan, dia pin membelek-belek bungkusan. Tak lama, dia bangun dari meja dan berjalan laju ke meja Milah binti Selamat.

“Kak Milah, ada parcel sampai tadi. Pengirim dia nama Storyah. Akak beli apa?”

“Oh, Storyah. Kerongsang sulam. Batu Swarovski. Kau ni Munah. Kan akak ajak kau order sekali hari tu. Kau yang tak nak.”

Munah mencebik, sebelum sibuk-sibuk menyendeng waktu Kak Milah buka bungkusan.

“Berapa banyak akak beli ni? Berkotak-kotak saya nampak. Cepatlah buka, kak. Dari tadi tak siap-siap, dahsyat sangat balutannya ni.”

Kak Milah ketawa.

“Aku beli enam biji. Kan ada enam kotak tu. Eloklah pun. Kalau tak bungkus baik-baik, nanti kau yang bising. Dapat kotak kemeklah, apalah.”

Munah mengangguk-angguk. ‘Iyalah, aku juga yang kena balik.’

“Wah, cantiknya!” Nyaring suara Munah sebaik sahaja Kak Milah membuka salah satu penutup kotak cincin yang baru sampai itu.

Kak Milah tersenyum bangga. Tak tunggu lama, dia capai sebiji kerongsang merah jambu itu dan sematkan di atas bahu.

“Amboi kak. Lebarnya senyum. Tahulah ada pin lawa atas bahu.” Komen Munah dengan nada jaki.

“Mestilah, tak susah pun nak gembira.”

Tak puas hati, Munah belek-belek lagi barang di atas meja Kak Milah itu.

“Keras juga kotak ni, kak. Kalau macam ni, bercampur-campur dalam beg pun tak apa.”

Makin lebar sengih Kak Milah. Tak mahu menanti, Munah menyambung lagi, “Lepas ni saya nak order sekali ya, kak. Jangan lupakan saya tau. Nak pakai kerongsang cantik-cantik juga.”

“Iyalah. Minggu depan, ada sales Triple 12. Kau jangan tak jadi pula.”

 

#teamKakMilah #gengMunah #MilahdanMunah #hanyadistoryah #pelengkapgayaanda

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s